Indahnya islam jika hidup sihat tanpa penyakit
produk kesihatan @ herbalife sedia membantu anda
Friday, 24 January 2014
Saturday, 30 November 2013
Saturday, 23 November 2013
اللهم نور قلوبنا و قبورنا
kelebiham berwudhu' sebelum tid0r
Rasulullah
SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘)
maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu
akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam
hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk
mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah
wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan
rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah
kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena
semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga &
seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad
Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa
Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan
dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan
menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung,
membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh
telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu,
bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di
dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum
tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar
dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping
itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi.
Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah.
Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan
suci.
Khasiat
berwuduk sebelum tidur
Pertama,
menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan.
Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan
suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.
Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita
akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua,
mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi
wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit
wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan
bersih.
Ketiga,
didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada
umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang
sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh
Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Diterjemahkan
dari sumber islampos.com
Friday, 22 November 2013
merindukan IBU adalah naluri bagi seseorang ANAK.
Bagi seorang anak adalah wajib untuk mentaati kedua orang tua kerana REDHA KEDUA IBUBAPA REDHA ALLAH JUGA.Oleh itu,banyaklah berbakti kepadanya selagi masih ada..
Subscribe to:
Posts (Atom)